
Puchong: “Saya terkejut
apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata
seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di
hadapan tempat kerjanya pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.35
pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman
Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka
dilarikan.
“Saya
bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum
melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.
“Dia
ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.
Walaupun
nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika
ditemui wartawan Harian Metro semalam.
Menurutnya,
dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil
mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.
“Dia
menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.
“Mulanya
saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg
sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong
Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian
Metro di sini, semalam.
Rosdan
berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi
Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai
dan polis berkumpul di sekolah.
“Kami
menyerahkan dua beradik kepada ibunya.
Saya
dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu
berjaya ditemui semua,” katanya.
No comments:
Post a Comment